Live Webinar Perancangan Perniagaan dan Perancangan Kewangan
5 Jun 2026 | Aktiviti TerkiniPada 4 Jun 2026, telah berlangsung Live Webinar Perancangan Perniagaan dan Perancangan Kewangan untuk Usahawan secara atas talian di NADI Felcra Sungai Ara. Program ini dianjurkan bagi memberi pendedahan kepada usahawan mengenai kepentingan perancangan yang sistematik dalam mengurus dan mengembangkan perniagaan.
Sepanjang webinar, peserta didedahkan kepada kaedah penyediaan pelan perniagaan yang berkesan, strategi mengenal pasti peluang pasaran, pengurusan modal, serta teknik mengawal aliran tunai perniagaan. Selain itu, peserta turut diberikan panduan berkaitan perancangan kewangan yang baik, termasuk penyediaan bajet, pengurusan hutang, dan perancangan simpanan bagi memastikan kestabilan kewangan perniagaan dalam jangka masa panjang.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: